Aplikasi media sosial WhastApp kini mempunyai lebih 900 juta pengguna di seluruh dunia. Tidak semua, tetapi ramai di antara pengguna WhatsApp berdepan beberapa isu berkaitan notifikasi seperti tidak menerima notifikasi ketika skrin dimatikan dan ada juga yang menerima notifikasi lewat dari waktu sebenar.
Walaupun anda mempunyai sambungan Internet yang baik, namun masih tidak menerima notifikasi ini. Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Untuk menyelesaikan masalah terbabit, anda boleh cuba beberapa langkah yang dikongsikan di bawah.
1. Semak Notification Settings aplikasi WhatsApp anda kerana ia mungkin dimatikan. Klik Settings- Apps- WhatsApp.
2. Ultra power saving mode: Sekiranya mod ini dihidupkan pada peranti anda, pastikan ia dimatikan semula kerana mod ini akan menyahaktifkan rangkaian Internet seterusnya menjadi punca kepada tidak menerima notifikasi.
3. Tidak menerima notifikasi apabila skrin dimatikan atau dikunci: Anda mungkin memuat turun aplikasi penjimatan bateri pada peranti Android anda. Aplikasi ini akan menyekat kemasukan notifikasi apabila skrin dimatikan atau dikunci. Jadi, uninstall aplikasi berkenaan.
4. Semak rangkaian Wi-Fi dan Mobile: Semak sama ada anda menerima notifikasi hanya ketika peranti bersambungan dengan Wi-Fi atau tidak. Sesetengah pengguna melaporkan mereka akan menerima notifikasi apabila disambungkan kepada Wi-Fi, jadi ia mungkin berkait rapat dengan masalah rangkain data Internet anda.
5. Jika anda yakin rangkaian data Internet anda berada dalam keadaan baik, pastikan anda semak Restrict background data pada tetapan peranti. Pergi pada Settings- Data Usage- WhatsApp dan tutup Restrict background data.
6. Sekiranya anda pengguna iOS, anda juga perlu uninstall aplikasi penjimatan bateri selain menyemak Push Notifications Settings di aplikasi WhatsApp anda.
sumber: HM

No comments:
Post a Comment